Tottenham Hotspur Football Club ialah sebuah kelab bola sepak Inggeris berpangkalan di Tottenham, London. Kelab yang beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris ini sebelum ini bermain di Stadium Wembley untuk musim 2017– 2018 selepas stadium White Hart Lane dirobohkan untuk pembinaan stadium baru di tapak yang sama.

Kini Stadium White Hart Lane telah disiap dibina dan upacara perasmian stadium telah diadakan dengan meriah pada 4 April yang lalu.

Namun apa yang menarik perhatian peminat bolasepak tempatan ialah menu di kafe stadium tersebut yang menjual Rendang dan Kari Ayam Malaysia.

“Menu di stadium baru kita, ada Malaysian rendang dengan Malaysian chicken curry.”, tweet daripada akaun rasmi kelab peminat Tottenham Hotspur dari Malaysia.
Rata-rata peminat dilihat teruja dengan menu yang menjadi sajian kebanyakkan daripada rakyat dinegara ini diperkenalkan dimata dunia.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.