Gara-gara bosan berseorangan dek kerana perintah berkurung dilaksanakan di India, seorang remaja dilaporkan telah menyeludup rakannya dalam sebuah beg pakaian.

Remaja berusia 17 tahun itu dilaporkan nekad bertindak sedemikian kerana bosan berkurung bersendirian di dalam rumah di bandar Mangalore pada Ahad.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di India tidak membenarkan sesiapa membawa masuk orang luar di bangunan kediaman berkenaan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.
Remaja berkenaan juga dilaporkan bergegas menaiki skuter pada jam 2 pagi sebelum pulang membawa sebuah beg.
Penduduk yang mulai curiga segera menghubungi pengawal keselamatan selepas mereka melihat beg pakaian itu bergerak-gerak ketika remaja terbabit cuba membawanya kedalam bangunan.
Selepas diperiksa, seorang rakan remaja ditemui dalam beg berkenaan. Remaja dan rakannya itu ditahan polis untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan kerana masih belajar.

Sumber: Times of India
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.