Baru-baru ini viral di twitter seorang pelajar Malaysia yang berada di Jepun menceritakan kesanggupan emaknya membungkus ikan tongkol rebus dari Terengganu ke Jepun.

Ikan tongkol itu kemudiannya dijadikan lauk pulut kuning sebagai meraikan kejayannya setelah berjaya bergraduasi di Meiji Univeristy, Jepun. Effort mak kepada Ridzwan Mahazan ni memang betul-betul padu dan mendapat pujian orang ramai.
Ceritanya lagi melalui tweet lain, emaknya memang akan menyediakan pulut kuning setiap kali meraikan kejayaan anak-anaknya.

Setakat hari ini, tweet beliau telah di-retweet sebanyak 15,387 kali dan disukai lebih 18,403 kali. Ramai juga yang memuji usaha emak-nya dan mengucap tahniah.
Melihat kepada gambar ini membuatkan kami rasa mengidam pula nak makan pulut kuning.
Sumber: twitter @RidzwanMahazan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.