Memetik laporan daripada Reuters, perniaga haiwan eksotik di China sudah bersedia untuk membuka semula kedai mereka, selepas tempoh larangan menjual tamat.

Salah seorang peniaga haiwan eksotik dinegara berkenaan, Gong Jian berkata, jualan daging haiwan eksotik ini adalah kerana terdapat permintaan daripada pelanggan.
"Orabg suka membeli daging haiwan liar. Mereka beli untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah kerana ia sangat bernilai", katanya.

Tambah lagi, Gong Jian juga telah menyimpan stok daging buaya dan rusa kedalam peti sejuk beku untuk dijual selepas tamat tempoh larangan ini nanti.
Dalam perkembangan lain, angka kematian akibat wabak Covid-19 ini terus meningkat kepada 1,874 orang dengan lebih 73 ribu dilaporkan positif dan 12,710 telah pulih sepenuhnya.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.