Cuti persekolahan penggal ketiga yang akan datang ini pasti akan ramai mahu melancong dan bercuti di Pulau Langkawi tetapi pengguna perlu diingat agar isu ikan siakap harga kayangan tidak kembali berulang.

Menurut Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad memaklumkan semua pengguna agar menyemak dahulu setiap harga perkhidmatan dan makanan di pulau pelancongan itu.
Orang ramai juga perlu diingat perkara tersebut agar percutian mereka tidak terganggu dengan kejadian tidak diingini.

Tambahnya, kejadian tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi yang terkejut dengan harga ikan siakap, termasuk hidangan makanan dan minuman lain mencecah harga empat angka pada November tahun lalu seharusnya menjadi iktibar.
“Kalau boleh, ketika cuti sekolah ini kita tidak mahu dengar lagi ikan siakap mahal. Konsepnya senang saja, tanya dahulu sebelum makan, jangan makan dulu baru tanya harga.
“Sebagai pelancong kita perlu bijak menguruskan percutian. Pada cuti sekolah ini, memang akan ada peniaga yang akan naikan harga, jadi kita rancang awal untuk dapatkan harga yang murah serta rancang perjalanan kita agar menjadi lebih seronok dan lancar,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.