Siapa je yang tidak mengenali dengan filem animasi tempatan, Upin Ipin yang berjaya menarik minat segenap usia.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui pemilik suara Upin dan Ipin ini adalah milik seorang gadis yang kini sudah menjangkau usia 19 tahun.
Asyiela Putri Azhar merupakan seorang pelakon suara bagi filem animasi Upin Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat hingga sekarang.
Beliau yang dijemput oleh Motif Viral baru-baru ini juga telah mengejutkan orang ramai dengan penampilan terbaru beliau yang rata-ratanya memuji kecantikkan Asyiela.

Selain menyumbangkan suara bagi filem animasi, Asyiela juga berbakat dalam bidang nyanyian dan telah menerbitkan lagu dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011.
Sumber: Gempak / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.