Sebut sahaja nama Iron Man dan Tony Stark, pasti ramai yang mengenali watak tersebut sejak 2008. Watak-watak ini dilakonkan oleh Robert Downey Jr. yang kini sudah menjangkau usia 54 tahun.

Penglibatan Downey terhadap syarikat Disney sudah menjangkau 11 tahun, menerusi filem-filem Marvel. Bermula tahun 2008 dalam filem Iron Man, sehingga kepada Avengers: Endgame, Downey sudah banyak menabur khidmat pada syarikat. Disebabkan itu, Disney memberi pengiktirafan sebagai lagenda kepada Downey.

Selain Downey, Ming-Na Wen yang melakonkan suara sebagai Mulan pada tahun 1996 juga diberi pengiktirafan serupa. Wen juga terlibat dalam filem Wreck It Ralph 2: Ralph Breaks the Internet, dan juga sebagai Agent of S.H.E.I.L.D sebagai ejen Melinda May.

Nama lain yang diberi pengiktirafan sebagai lagenda ialah Favreau yang mempunyai peranan sebagai penerbit eksekutif dalam filem Iron Man, The Avengers, Avengers: Age of Ultron dan Avengers: Infinity War.
CEO Disney, Bob Iger berkata, anugerah Disney Legends Awards ini adalah salah satu anugerah tertinggi Disney pada mereka yang banyak menyumbang pada syarikat.

Nama-nama lain yang menerima anugerah Disney Legends Awards ialah seperti Stan Lee dan Johnny Depp. Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada hari Jumaat, 23 Ogos pada 10:30 pagi di Dewan D23 di Pusat Konvensyen Anaheim.
Sumber: CNET
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.