Yugendran Rajaendran, anak jati Klang berusia 20 tahun, telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di 10 daripada 15 universiti berprestij di dunia.

Antara universiti berkenaan adalah seperti Yale University, King’s College London, University of California Los Angeles (UCLA), New York University (NYU) and Columbia University, Stanford University dan banyak lagi.
Tawaran ini adalah dek kerana minat Yugendran terhadap subjek Matematik seawal usia 4 tahun, yang membuatkannya kini sebagai seorang genius Matematik. Beliau juga memperoleh 11A semasa SPM sebelum menyambung A-Level di Epsom College, Negeri Sembilan.

Yugendran bagaimanapun sudah membuat keputusan mengejar double degree dalam Bioengineering, Mathematical and Computational Science di Stanford University, California malah akan menjadi satu-satunya pelajar Malaysia di universiti kedua terbaik dunia itu. Wow!
Disebalik kejayaan ini, Yugendran membesar dalam keluarga yang penuh disiplin, dimana ayahnya adalah seorang mekanik motorsikal, manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Lebih menarik adalah, tiga daripada kakak Yugendran kini berkecimpung dalam dunia perubatan.

Semoga kejayaan Yugendran ini menjadi inspirasi anak muda di luar sana untuk terus mengejar cita-cita kearah kualiti hidup yang lebih baik.
Sumber: Malay Mail / ODISI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.