Pendrive USB adalah ialah satu peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Mempunyai saiz yang kecil dan ringan, ia membolehkan pengguna membawa data storan ke mana sahaja.

Nama lain bagi peranti ini adalah seperti USB flash drive, thumb drive, pen drive, gig stick, flash stick, jump drive, disk key, disk on key, flash-drive, memory stick, USB key, USB stick atau pun USB memory. Mempunyai ruang storan dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB, peranti ini dipasang bersama penyambung jenis USB 1.1 atau USB 2.0.

Pendrive dipercayai mula dicipta sekitar tahun 1998 hingga tahun 2000, diilhamkan oleh seorang warganegara Malaysia, iaitu Pua Khein-Seng, yang memiliki sebuah syarikat elektronik di Taiwan yang bernama Phison Electronics. Beliau berasal dari Sekincan, Selangor, dan kini berusia 44 tahun. Beliau kini juga telah menetap di Taiwan.

Namun begitau, banyak syarikat mendakwa mereka yang mencipta pemacu kilat USB pertama di dunia, sehingga membawa kepada kes mahkamah.
Sumber:
- "Up close & personal with Pua Khein-Seng".
- Paten U. S. 6,148,354 Architecture for a universal serial bus-based PC flash disk.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.