Nangka adalah sejenis buah dalam kumpulan Moraceae, atau kumpulan saintifik Artocarpus heterophyllus. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai jackfruit.

Jika buah nangka mungkin sinonim dengan Asia, berbeza dengan mereka yang berada di kawasan Amerika Syarikat. Malah, ada diantara mereka menganggap ia sebagai ‘telur dinasour’.

Baca: Mat Salleh Pelik Tengok Buah Nangka Dan Ingat Tu Telur Dinasour
Sama juga satu perkongsian oleh Mei Tan menerusi laman Facebooknya, menunjukkan sebuah kedai di Amerika Syarikat memotong buah nangka bagaikan memotong buah tembikai.

“Ini cara Whole Foods memotong nangka. Saya tak tahu nak ketawa atau menangis”, tulis Mei Tan pada ruang kapsyen.

Rata-rata netizen termasuk rakyat Malaysia rasa terhibur melihat post berkenaan, termasuk selebriti Rhys William.

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.