COVID-19 merupakan salah satu ancaman global masa kini. Jutaan nyawa terkorban, dan ramai pula dijangkiti wabak tersebut.

Hingga ke hari ini, hanya ada 10 buah negara sahaja yang masih selamat daripada dijangkiti COVID-19.
Ia selepas terdapat kes di Marshall Island baru-baru ini, dimana negara berkenaan pada mulanya tidak mempunyai sebarang jangkitan kini akhirnya merekodkan dua kes positif selepas dua pekerja di garison yang menempatkan Tentera Amerika Syarikat (AS) di Atol Kwajalein tiba dengan pesawat tentera dari Hawaii.

Justeru, 10 negara yang tinggal adakah seperti berikut:
- Kiribati
- Nauru
- Korea Utara
- Palau
- Samoa
- Solomon Islands
- Tonga
- Turkmenistan
- Tuvalu
- Vanuatu
Korea Utara pula dikatakan sudahpun mempunyai bilangan kes jangkitan COVID-19, namun angkanya dikatakan menjadi misteri kerana tiada pula laporan kes yang muncul dari negara berkenaan.

Sumber: Murai MY
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.