
Kecoh pula di media sosial bila ada pakej pelancongan ke negara Gohet Gostan. Tak pernah dengar lagi nama negara ni selain daripada yang pernah disebut Allahyarham P Ramlee sebelum ini dalam filem 3 Abdul.
Risalah pelancongan yang viral tu menunjukkan pakej ke Gohet Gostan adalah sebanyak RM 4,750 seorang. PU Taha ketika dihubungi Astro Gempak bagaimanapun menafikan wujudnya tempat atau negara bernama Gohet Gostan. Menurutnya ia hanyalah sekadar marketing strategi sahaja.
"Ia bukan nama negara, cuma untuk pemasaran. Nama itu adalah punchline daripada filem P Ramlee dan itu hanyalah nama pakejnya saja," katanya.
Sumber: Awani dan Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.