Ketika semua orang masih bercakap tentang filem Avengers: Endgame, seorang pelajar universiti terpaksa dikejarkan ke hospital kerana menangis tanpa henti.
Kejadian yang berlaku di daerah Zhejiang, China pada 24 April lalu, gadis berusia 21 tahun ini telah bersama rakannya menonton filem Avengers: Endgame. Namun ketika menonton filem ini, gadis berkenaan telah menangis tanpa henti.

Sebaik sahaja tamat filem berkenaan, gadis ini tiba-tiba rasa sakit pada dada dan menyebabkan dia sukar bernafas. Tubuh badannya juga dilihat semakin membengkak, menyebabkan rakannya segera membawa gadis berkenaan ke hospital berdekatan.
“Saya melihat gadis ini meronta-ronta, mungkin kerana dia menangis teruk, menyebabkan dia mengalami hiperventilasi. Kami segera memasang topeng oksigen pada gadis ini untuk menenangkannya”, kata doktor yang merawat gadis berkenaan.
Sumber: World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.