Awas jika anda mempunyai tabiat suka bermain telefon bimbit dalam satu tempoh masa yang lama kerana ia mungkin mengakibatkan masalah khususnya pada bahagian mata anda.
Seorang kanak-kanak 9 tahun dari Hefei, China, mengalami juling mata kanan selepas ketagihan bermain telefon pintar ketika musim cuti sekolah yang lalu.

Menurut bapanya, anaknya itu akan mengambil telefon bimbit tanpa pengetahuannya dan bermain permainan video sehingga 10 jam setiap hari, hingga menyebabkan mata anaknya mula menjadi juling.
Menurut doktor yang merawat kanak-kanak terbabit, menggunakan telefon pintar secara berterusan boleh mengakibatkan masalah pada mata yang dikenali sebagai Myopia.

Myopia terjadi apabila bola mata terlalu panjang berbanding dengan kuasa fokus kornea dan kanta mata.

Sumber: Oriental Daily, World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.