Lebih daripada 70 mahasiswa di sebuah universiti di daerah Taiyuan, Shanxi, China dilaporkan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.

Memetik laporan dari Kompas.com, melaporkan Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan telah mengambil sampel daripada 28 pelajar tersebut.
Ujian norovirus dilakukan pada Rabu dan Sabtu lalu menunjukkan 11 mahasiswa universiti tersebut positif Norovirus.
Berbeza dengan koronavirus, norovirus melibatkan jangkitan usus yang terjadi disebabkan jangkitan virus tersebar melalui air atau makanan yang tercemar atau juga melalui sentuhan permukaan yang terdapat virus tersebut.

Ekoran daripada itu, Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi telah melakukan operasi pembasmian kuman di beberapa tempat. Kawasan yang dimaksudkan meliputi kompleks asrama, kelas, kafeteria, dan kawasan awam yang lain.
Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan kini juga sedang menyiasat sumber jangkitan.
Sumber: Global Times / Sinar Plus
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.