
Banyak hasil muka bumi yang diterokai oleh manusia, misalnya emas, bijih timah, dan juga berlian.
Di Siberia, Mirny Mine merupakan salah satu lombong berlian yang diterokai oleh manusia sejak dari 1950-an dan dihentikan ketika tahun 2001.


Memiliki kedalaman sedalam 525 meter dalam dan 1,200 diameter, menjadikan ia lubang ke-4 paling dalam didunia.


Selepas dihentikan aktiviti perlombongan, lombong terbiar ini mampu menghasilkan arus udara yang sangat kuat, sehingga mampu untuk menarik helikopter atau kapal terbang yang terbang berdekatan dengannya! Namun, sehingga kini belum ada kes kapal terbang atau helikopter disedut masuk dilaporkan.

Arus udara berkenaan terhasil disebabkan perbezaan suhu pada bahagian atas dengan dalam lubang lombong.

Perancangan masa hadapan, lombong terbiar ini mungkin akan dijadikan sebuah bandar moden.

Sumber: Interesting Engineering
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.