Marvel akan memperkenalkan superhero wanita pertama mereka tidak lama lagi sebelum filem yang amat dinantikan, Avengers: Endgame menemui peminat.

Filem yang dilakonkan dengan pengalaman dan suasana sekitar tahun 1990-an ini juga membuatkan trailer dan laman web rasmi mereka bertukar kepada sesuatu yang amat nostalgik.

Laman rasmi Captain Marvel ini juga didatangkan dengan ciri-ciri ‘antik’, termasuk font, animasi, maklumat dan latar belakang.


Malah ada juga bahagian yang tidak boleh diakses, menunjukkan mungkin terdapat lagi beberapa perkara yang ingin ditunjukkan oleh Captain Marvel dimasa akan datang, sebelum tayangan perdananya.

Captain Marvel (2019) dijangka menemui peminat pada 8 Mac 2019 diseluruh dunia.

Sumber: Captain Marvel
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.