Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

GEMPAK Hit ERA

GEMPAK Hit ERA bersama Isha akan ke udara setiap Isnin - Jumaat dari jam 1-4 ptg dengan lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

GEMPAK Hit ERA Segmen Terkini

GEMPAK Hit ERA

GEMPAK Hit ERA bersama Isha akan ke udara setiap Isnin - Jumaat dari jam 1-4 ptg dengan lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Orang Ramai Tersentuh Hati Lihat Khabib Imamkan Solat

Tular foto menunjukkan atlet MMA itu sedang menjadi imam solat.
Editor
10 Sep 2019, 08:47 AM

Nama Khabib Nurmagomedov bukan sahaja cukup dikenali dalam gelanggang seni bela diri campuran (MMA), malah beliau juga dikenali sebagai seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah.

Menerusi entri Dr Waleed Hakim, beliau telah memuatnaik foto menunjukkan atlet MMA itu sedang menjadi imam solat.

Foto tersebut telah menarik perhatian ramai dan diiringi kapsyen menyentuh hati netizen.

Menurut Dr Waled, beliau berkata kejayaan yang dicapai Khabib bukan sahaja dalam gelanggang, malah paling utama apabila beliau berhadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.

"Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya'Allah," tulis Dr Waleed.

Terdahulu, Khabib telah berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi dengan mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight. Ini menjadikan rekod professional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

ads-with-us ads-with-us ads-with-us