Buat peminat siri cosplay, melaburkan wang bagi mendapatkan peralatan yang lengkap adalah satu perkara biasa dan hanya mereka sahaja tahu kepuasan mengumpulkan peralatan itu.
Namun, sanggupkah anda melaburkan wang lebih RM280 semata-mata demi kerusi plastik berwarna merah ini?

Memetik hantaran oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Rizky, beliau telah berkongsi iklan dimana beliau menjual kerusi plastik yang menyerupai karakter permainan Girl's Frontline iaitu T-91.

Jika anda melihat pada poster diatas, jelas kelihatan terdapat satu kerusi merah yang digunakan oleh karakter ini sebagai prop.
Rizky yang berkongsikan iklan ini telah meletakkan harga jualan sehingga S$94 atau kira-kira RM280 untuk satu kerusi, juga menjadi perhatian ramai, sehinggakan ada yang sanggup untuk membelinya!

Rumah korang ada kerusi macam ni tak?
Sumber: Facebook Muhammad Rizky
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.