Dua orang staf dari sebuah syarikat di bandar Guizhou, China, dipaksa untuk memakan lipas dan minum air kencing kerana mereka gagal mencapai sasaran jualan.
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan pekerja terbabit juga disebat dengan tali pinggang.

Menerusi video tersebut, seorang pengurus lelaki dilihat berdiri di tengah bulatan sambil memegang tali pinggang manakala pekerja yang 'dihukum' itu meminum cecair berwarna kuning dalam cawan plastik sambil menutup hidung mereka.

Pihak berkuasa segera mengambil tindakan atas tiga orang pengurus syarikat berkenaan dan mereka dijatuhkan hukuman penjara 5 dan 10 hari.
Korang yang stress dengan lipas atau serangga tu, cepat cari penyelesaiannya kat sini!
Sumber: BBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.