Tiga lelaki berang akan bunyi bising bertindak mengamuk di tadika terbabit sehingga menimbulkan ketakutan pada guru dan murid-murid.
Malah, suspek didakwa mengeluarkan perkataan mengugut sambil mengetuk pintu tadika menggunakan besi beberapa kali.

Bunyi bising murid-murid belajar merupakan faktor utama ketiga-tiga lelaki terbabit bertindak sedemikian.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof memaklumkan ketiga-tiga lelaki tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan lanjut dijalankan selepas pengusaha tadika membuat laporan polis hari ini.
“Difahamkan, perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi bising murid tadika berkenaan yang sedang belajar dan ketika kejadian terdapat seramai 76 murid.

“Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit yang dipanggil ke balai polis, mereka telah bersetuju supaya perkara ini tidak dipanjangkan,” katanya.
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap insiden yang berlaku dan ramai menyifatkan ia mendatangkan bahaya kepada guru dan murid-murid ketika belajar.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.