Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher yang menyebabkan gangguan struktur sakit-sensitif disekitar bahagian otak. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif ini, iaitu kranium (periosteum tengkorak), otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus.

Sakit kepala boleh juga menjadi tanda-tanda kepada penyakit tertentu seperti sinus, tension, migrain dan lain-lain.
Jika anda merasakan sakit pada sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung, itu mungkin petanda anda mengalami sinus. Sebaliknya, jika rasa sakit pada bahagian depan dan atas kepala, itu tandanya anda mengalami tekanan/tension.

Sakit berdenyut disebelah kepala pula dengan tekanan pada belakang mata adalah tanda anda menghidap migrain.
Memetik hantaran oleh Public Health Malaysia, setiap sakit kepala ini mempunyai punca yang menyebabkan ia terjadi dan juga peringatan yang perlu diambil oleh pesakit.
Segera dapatkan nasihat doktor jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada diri anda.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.