Ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang terpaksa melakukan kerja dari rumah dan tidak melakukan pergerakan keluar kemana-mana.
Maka, kereta atau kenderaan kita pastinya tidak digunakan menyebabkan ia tersadai dan tidak bergerak. Akibatnya, bateri kenderaan akan habis atau sering disebut sebagai ‘kong’.
Bagi menghidupkan semula bateri, teknik ‘jump start’ sering dilakukan dengan menggunakan bateri dari kereta lain kepada bateri kereta yang terjejas.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, kaedah yang betul bagi melakukan jump start adalah seperti berikut:
- Sambungan kabel merah pada terminal (+) bateri dari kereta mati kepada terminal (+) bateri membantu.
- Sambungan kabel hitam pada terminal (-) bateri kereta membantu kepada badan/blok enjin kereta mati (BUKAN di terminal (-) bateri kereta mati).
- Hidupkan enjin kereta membantu.
- Hidupkan enjin kereta mati.
- Setelah enjin kereta mati berjaya dihidupkan, biarkan selama beberapa minit.
- Buka sambungan kabel mengikut turutan terbalik : 4, 3, 2, 1

Sumber: JPJ
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.