Chris Hemsworth telah memberi ‘amaran’ kepada peminat filem Avengers supaya tidak memandang remeh dengan tajuk Avengers: Endgame kerana pasukan ini mungkin tidak lagi berkumpul seperti ini.

Pelakon berusia 35 tahun yang membawa watak sebagai Thor berkata, tenaga yang digunakan oleh pelakon dalam filem Endgame kali ini agak luarbiasa berbanding sebelum ini.

"Avengers: Endgame adalah kemuncak kepada 22 filem, dan 10 tahun pembuatannya di pawagam,"
"Saya fikir kita semua sedar bahawa kita mungkin tidak akan berkumpul seperti ini. Jadi saya benar-benar menikmatinya, tetapi saya fikir kita melakukan sesuatu yang sangat berbeza dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini, dan apa yang telah dilihat oleh orang-orang dahulu. "
"Bekerja dengan Joss [Whedon - pengarah Avengers Assemble dan Age of Ultron] sangat mengagumkan. Manakala pengalaman ini [pada Endgame], terutamanya selepas Ragnarok, saya datang dengan bersemangat dan teruja dengan apa yang saya lakukan,” kata Hemsworth pada Yahoo UK!

Sumber: Yahoo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.