Orang yang kidal pasti mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Selain daripada menulis dan makan menggunakan tangan kiri, banyak lagi fakta mengenai mereka yang kita tak tahu dan patut tahu.

Hari ini, 13 Ogos merupakan hari yang dikhaskan untuk meraikan mereka yang kidal. Menurut laporan, hanya ada 10 peratus penduduk di dunia ini yang kidal, selebihnya menggunakan tangan kanan.

Haa, berikut adalah antara 5 fakta mengenai mereka yang kidal adalah:
1. Ada hari untuk mereka tau iaitu Hari Orang Kidal Sedunia yang disambut pada setiap 13 Ogos sejak 1996 lagi.
2. Orang kidal ni kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah di sebelah kanan.
3. Otak orang kidal bekerja lebih cepat semasa bersukan atau bermain game komputer
4. Orang kidal lebih cepat marah. Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, salah satu akibatnya adalah sering bad mood.
5. Untungnya, orang kidal kini terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan! Orang-orang yang memiliki IQ lebih dari 140 lebih banyak yang bertangan kiri, menurut sebuah kejian dari St. Lawrence University.
Adakah anda seorang kidal? Share jom!
Sumber: Hellosehat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.