Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah di Selangor berikutan berlaku pencemaran bau dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor, hari ini.

Tujuh wilayah itu meliputi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Langat.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 7 malam ini.
Sehingga jam 8 malam tadi, pencemaran bau masih berada pada tahap 2 ton.
"Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.
"Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan bekalan kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya lagi.
Sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemat.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Sinar Harian / Lembaga Urus Air Selangor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.