Buat pertama kalinya, ahli astronomi telah menunjukkan imej sebenar lohong hitam atau black hole sebenar yang diambil daripada galaksi.

Ia mempunyai ukuran 40 billion kilometer, iaitu saiz tiga kali ganda lebih besar daripada bumi, malah dianggap sebagai ‘raksaksa’ oleh para saintis.

Imej tersebut juga dirakamkan oleh 8 rangkaian teleskop yang terletak diseluruh bumi dengan jarak 500 juta trillion kilometer daripada sini.


Prof Heino Falcke dari Radboud University, Belanda, adalah insan yang bertanggungjawab mencadangkan eksperimen ini, menamakan lohong hitam ini sebagai M87.
“Apa yang kita lihat ini adalah lebih besar daripada sistem solar kita. Ia juga mempunyai jisim kira-kira 6.5 billion lebih daripada matahari”, katanya kepada BBC News.
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.