Seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian pesawat Lion Air JT610 yang dinaiki 189 penumpang dan anak kapal, dijumpai terhempas pada jam 7.20 pagi.
Ramai yang menzahirkan ucapan takziah diatas kejadian ini di laman sosial. Dan terdapat satu posting di Twitter yang membuatkan rasa hiba dan sedih. Posting itu menunjukkan barang yang ditemui ketika misi menyelamat. Antara barang yang ditemui adalah gambar belakang casing telefon pintar milik salah seorang yang dipercayai mangsa nahas pesawat terbabit. Gambar terbabit menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita berjalan berpimpin tangan dari arah belakang.

Warga internet berjaya menemukan gambar asal yang mirip dengan gambar casing tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, hampir 10 ribu komen membanjiri gambar tersebut dengan ucapan takziah dan kata-kata semangat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pengguna Instagram ineyunitasi merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.
Sumber: SiakapKeli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.