Animasi Pokémon merupakan antara siri animasi yang amat dikenali ramai sekitar awal tahun 2000.

Siri Pokémon ini pernah ditayangkan dikaca TV dan menjadi ikutan ramai, khususnya kanak-kanak dan remaja. Namun begitu, terdapat satu episod yang telah di ‘banned’ kerana ia menyebabkan sejumlah kanak-kanak di Jepun masuk ke hospital.
Episod yang bertajuk “Electric Soldier Porygon” telah menyebabkan lebih daripada 700 kanak-kanak di Jepun masuk ke hospital kerana muntah, loya, pening serta pengsan kerana cahaya terang yang dipancarkan akibat daripada episod tersebut.

Cahaya jenis merah-biru yang menyala terang telah menghasilkan efek yang dikenali sebagai “paka paka”, menyebabkan kanak-kanak menjadi pening-pening dan mual. Akibatnya, rating Pokémon merundum kerana ramai ibu dan bapa di Jepun memboikot animasi ini.
Amaran: Jangan tonton babak ini jika anda rasa anda tidak mampu menahan efek cahaya silau.
Sumber: AV TV Club
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.