
Ramai antara kita yang amat meminati akan raja buah, iaitu buah durian. Daripada isi durian, kepada inovasi makanan seperti kek, aiskrim dan lain-lain lagi, pasti ramai yang terliur bila mendengarnya.

Terbaru, di Jalan Gaya Food Night Market, Kota Kinabalu, terdapat fenomena durian bakar yang menjadi sebutan orang ramai, termasuk pelancong.


Diasaskan oleh Dennis Chan, idea asal untuk menghasilkan durian bakar ini adalah daripada gerai yang berdekatan yang menjual kelapa bakar. Durian bakar milik Dennis Chan dilaporkan dijual sehingga RM60.

Menurutnya, antara pengunjung yang menyukai resipi durian bakar beliau adalah seperti dari China dan Korea Selatan.

Dekat tempat korang ada jual durian bakar ni tak?
Sumber: Malay Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.