Buat peminat e-sukan khususnya Dota 2, inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat yang ada. Buat pertama kalinya Kejohanan Dota 2 Major akan diadakan di The Kuala Lumpur Major pada bulan 16 hingga 18 November di Axiata Arena, Kuala Lumpur

Dianjurkan oleh eGG Network dan dibantu bersama PGL dan Imba TV, kejohanan ini turut disertai 16 pasukan antarabangsa yang akan bertanding merebut hadiah terkumpul lebih RM4juta.

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq berkata, e-sukan telah berkembang dengan pantas khususnya di negara ini dan Asia Tenggara. Malaysia juga berpotensi menjadi tumpuan e-sukan khususnya kepada belia.

The Kuala Lumpur Major ini juga disokong sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara.

Tiket akan mula dijual bermula 17 September. Maklumat tiket adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, checkout www.thekualalumpurmajor.com.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.