Terbaru viral di internet apabila coklat Dream jenama Cadbury yang dijual di KLIA membuatkan peminat coklat di British menjadi tak keruan.
Menerusi laporan The Sun UK , seorang pengguna akaun Reddit yang dikenali sebagai AnnieIWillKnow telah memuatnaik imej coklat tersebut dengan kapsyen, Ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur – anda masih boleh membeli Cadbury Dream di Malaysia!”

Difahamkan coklat yang terkenal di negara terbabit sekitar tahun 2002 telah hilang daripada pasaran kerana sambutan yang tidak memberangsangkan. Namun ia masih dijual dibeberapa negara lain seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Vietnam, Thailand, Malaysia dan lain-lain lagi.

Buat segelintir peminat coklat ini, kewujudan coklat ini pasti menggamit memori mereka kembali sehinggakan ada yang sanggup ke Malaysia demi mendapatkan coklat ini.
Korang pernah rasa tak?
Sumber: @ AnnieIWillKnow // The Sun UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.