Aplikasi permesejan popular, WhatsApp sering menjadi pilihan ramai dalam berkomunikasi dengan lebih mudah antara satu sama lain.
Namun, ramai yang dilihat telah meninggalkan aplikasi WhatsApp baru-baru ini disebabkan terma dan syarat baharu yang cuba diubah oleh pihak syarikatnya, Facebook.
Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk berpindah ke aplikasi Telegram. Tapi korang jangan risau sebab sekarang ni dah boleh pindahkan mesej dari WhatsApp ke Telegram.

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk memindahkan mesej WhatsApp ke Telegram:
- Pilih mesej yang anda mahu pindahkan ke Telegram.
- Tekan pilihan pada atas kanan dan tekan More.
- Pilih Export Chat. Disini anda boleh memilih sama ada mahu memindahkan gambar dan video bersama atau tidak.
- Pilih aplikasi Telegram.
- Pilih lokasi daripada contact list dan tunggu sehingga mesej siap di eksport.

Setakat ini, hanya aplikasi Telegram yang menyokong pemindahan mesej daripada WhatsApp, Line dan juga KakaoTalk. Pastikan juga aplikasi Telegram anda dalam versi terbaru sebelum menggunakan fungsi ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Telegram Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.