Calon peperiksaan utama yang positif COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin atau juga kontak rapat dengan pesakit lain tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan itu bersama calon pelajar lain.

Bagaimanapun, calon yang berkenaan hanya dibenarkan menduduki peperiksaan selepas selesai menjalani rawatan atau habis tempoh kuarantin.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, calon yang berkenaan perlu mendapat pengesahan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran sebelum boleh mengikuti peperiksaan kembali di sekolah.

"Calon yang berkenaan akan dibekalkan dengan set kertas peperiksaan berbeza namun dengan standard sama berbanding calon yang menduduki peperiksaan mengikut takwim ditetapkan.
"Calon itu juga perlu mempunyai surat atau bukti yang menyatakan disahkan positif virus COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin daripada doktor bertauliah.
"KPM akan mengumumkan tarikh peperiksaan untuk kertas alternatif itu kemudian," katanya pada sidang media dalam talian, semalam.
Tambahnya lagi, jika calon berkenaan sudah habis tamat tempoh kuarantin dan rawatan serta diakui PKD, namun ketika itu tempoh takwim peperiksaan masih berlangsung, maka calon itu boleh sambung mendudukinya.
Ditanya sama ada KPM akan membatalkan beberapa peperiksaan awam seandainya pandemik COVID-19 masih berlanjutan, KPM bagaimanapun masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenainya.
"Saya tak boleh menyatakannya lagi kerana yang kita buat keputusan sebelum ini untuk 2020 sahaja. KPM belum buat keputusan untuk 2021.
"Kita perlu tunggu sebab ia masih dalam pertimbangan. Kita ada banyak pelan sebenarnya (bagi peperiksaan awam), tetapi yang mana satu sesuai... kita belum boleh umumkan," katanya.
Sumber: [1]
Foto: BERNAMA / Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.