Filem Avengers: Endgame telah menjadi fenomena seluruh dunia sejak ia ditayangkan minggu lalu.

Baca: Bukan Wayang 4D Tapi Penonton Basah Kuyup Tonton Avengers: Endgame
Dipetik daripada Siakap Keli, bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan untuk melakonkan watak adiwira, kesemua pelakon-pelakon Endgame perlu berkerja keras, misalnya Black Widow dan Thor.

Scarlett Johansson yang membawa watak Black Widow dikatakan perlu berpuasa selama 15 jam sehari dan juga terpaksa menjalani latihan angkat berat.

“Kami diinspirasikan untuk mendapatkan tubuh badan yang serupa seperti Linda Hamilton di dalam filem Terminator 2 bagi diguna pakai oleh Black Widow. Beliau dilaporkan telah dilarang daripada menghisap rokok, lari sejauh beberapa batu dalam sehari dan perlu tidur lebih dari empat jam dalam satu malam bagi mendapatkan tubuh badan yang sesuai demi watak tersebut”, dedah Eric Johnson, jurulatih peribadi Scarlett Johansson.

Berbeza pula dengan Thor yang dibawa oleh pelakon Chris Hemsworth, beliau perlu makan lima kali sehari atau 3,500 kalori bagi melakonkan watak dalam filem berkenaan.

Menurut jurulatih peribadi beliau, Chris menumpukan pada High Intensity Interval Training dan High Intensity Resistance Training, untuk membantu Chris mendapatkan bentuk badan seperti Thor.
Bagaimana pula dengan Thanos ye?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.