Berita baik buat penggemar asam laksa Pulau Pinang!

Menurut satu senarai yang diterbitkan oleh laman berita antarabangsa CNN, asam laksa Pulau Pinang menduduki tempat ke-7 hidangan terbaik di dunia.
CNN menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".

Hidangan pertama yang disenaraikan oleh CNN adalah kari Massaman dari Thailand, diikuti tempat kedua dan ketiga dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan iaitu pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico).

Tempat keempat adalah masakan dari Jepun iaitu sushi, manakala Peking Duck iaitu masakan dari China ditempat ke lima. Senarai penuh 50 hidangan terbaik dunia boleh dilihat di CNN Travel: The world's 50 best foods.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.