Peralihan monsun yang diramal bermula esok sehingga awal bulan depan, dijangka menyebabkan ribut petir, banjir kilat dan ribut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, berkata pada masa sama, kawasan serantau negara ini akan menerima tiupan angin dari pelbagai arah dengan kelajuan lemah.
"Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat dan ribut petir dalam waktu singkat serta angin kencang akan lebih kerap berlaku, terutama pada waktu petang dan awal malam.
"Keadaan ini biasanya berlaku di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat serta tengah Sarawak,"
"Elakkan meletak kenderaan di kawasan mempunyai banyak pokok tinggi dan papan tanda yang dikhuatiri boleh tumbang akibat angin kencang atau ribut petir," katanya pada BH Online.

Maklumat terkini berkaitan cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia atau www.met.gov.my.
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia dan BH Online.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.