Penyerang Manchester City, Sergio Aguero mengakui menyesal membeli sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador bernilai £361,000 (RM1.98 juta).

Menurutnya, kereta mewah itu jarang dipakai dan kini hanya diselubungi sarang labah-labah dan habuk.
Beliau juga mengakui tidak merasa teruja untuk memandu kereta berkenaan, meskipun ia adalah jenama kereta mewah.
"Saya tidak tahu kenapa saya membeli Lamborghini itu.
"Saya hanya memandu sekitar 1,200km dalam tempoh enam tahun. Bermakna saya sangat jarang memandu kereta itu.
"Sejak dua tahun lalu, saya mula rasa menyesal membeli kereta itu. Kini satu-satunya fungsi kereta itu hanyalah melindungi saya daripada kesejukan kerana hujan. Ia kini diselubungi sarang labah-labah," katanya yang membeli Aventador itu pada tahun 2014.

Tambah lagi, pemain berkenaan memperoleh gaji sekitar RM1.3 juta seminggu dengan gaji tahunannya mencecah RM71.5 juta.

Jadi tidak hairanlah beliau mampu membeli kereta mewah berkenaan dan menjadikan ia sebagai salah satu koleksi peribadinya, meskipun tidak menggunakan ia lagi.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.