Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan tahun 2021 sebagai tahun krisis kemanusiaan terburuk sejak PBB ditubuhkan.

Menurut beberapa pegawai kanan badan dunia itu, tahun 2021 adalah ‘bencana’ kerana kesan pandemik COVID-19 terhadap negara-negara membangun dimana kebuluran sedang menanti di 12 buah negara di dunia.

“Kita tidak mungkin dapat membiayai semuanya. Justeru, kita perlu memberi keutamaan dan seperti yang saya kata, malapetaka menunggu di muka pintu,” kata Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley.
Wabak koronavirus yang masih melanda dunia ketika ini membawa kepada peningkatan sebanyak 40 peratus bilangan penduduk di dunia yang memerlukan bantuan kemanusiaan, dengan dana berjumlah AS$35 bilion (RM142.3 bilion).

Terdahulu, ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu peruntukan AS$4.3 bilion (RM17.4) bagi program perkongsian vaksin dunia.
“Kita tidak boleh menerima sebuah dunia di mana negara miskin dipijak oleh negara kaya dan berkuasa untuk mendapatkan vaksin. Ini (COVID-19) adalah krisis global dan jalan penyelesaian (vaksin) perlu dikongsi secara adil,” katanya lagi seperti dipetik dari Metro UK.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.