
Datuk Nicol David terus membanggakan negara apabila dinobatkan sebagai Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Pemilihan berdasarkan undian itu melihatkan bekas ratu skuasy tersebut meraih 318,943 undi. Jumlah tersebut membezakan 200,000 undi berbanding pencabar terdekatnya.
Berdasarkan laman sesawang rasmi Sukan Dunia, https://www.theworldgames.org Datuk Nicol telah menewaskan 23 atlet lain yang mewakli sukan masing-masing mengikut edisi Sukan Dunia selama 40 tahun.
"Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk anugerah ini dan menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.
"Ia agak mengejutkan melihat diri saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain dan saya bersyukur untuk anugerah ini. Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan perhatian dunia terhadap sukan skuasy.
"Ini adalah saat yang membanggakan untuk mewakili negara saya dan Asia," Kata Datuk Nicol seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus maju dan membanggakan negara.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.