Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Pengumuman dibuat Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit (3.50 sen + bonus 0.75 sen) dan ehsan 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama sempena sambutan ulangtahun ke-30 ASB.


Untuk rekod, dividen yang diumumkan ini adalah yang paling rendah sejak ASB diperkenalkan pada tahun 1990.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata walaupun persekitaran ekonomi berdepan cabaran susulan pandemik COVID-19, aset pengurusan PNB meningkat dari RM312 bilion kepada RM320 bilion, sementara unit dalam edaran meningkat 3.4 peratus.
Sumber: Astro Awani / ASNB
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.