Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

FORCEPARKBOIS Semakin ‘Ganas’ Dalam Dunia Hip Hop, Tampil Berani Dengan Single “Public Enemy”

FORCEPARKBOIS nak lebih agresif!
Muhammad Izwan Zainal
17 Dec 2021, 03:30 PM

Kumpulan rap FORCEPARKBOIS kembali mencipta fenomena dunia muzik hip hop dengan single baharu “PUBLIC ENEMY”.

Malah, gabungan daripada jenama terkenal tanah air, CROSSOVER dan kolaborasi bersama HipHopDX Asia menjadikan single ini bakal diterima ramai.

forceparkbois semakin ‘ganas’ dalam dunia hip hop, tampil berani dengan single “public enemy”

Berasal dari Johor Bahru, kumpulan rap ini semakin menjadi bualan ramai peminat muzik hip hop negara dan jenama terkenal itu ingin merealisasikan melalui single terbaharu mereka.

“Demi menyokong bakat tempatan dan melihat generasi muda bersemangat dalam mengejar impian mereka. Kuasa berada di tangan mereka, kerana mereka adalah masa depan,” katanya.

Tidak dinafikan, FORCEPARKBOIS juga mendapat perhatian penyanyi rap luar negara dari Korea, Jay Park apabila menlancarkan lagu ‘LOTUS REMIX’ hasil gabungan penyanyi daripada HIGH1R MUSIC.

forceparkbois semakin ‘ganas’ dalam dunia hip hop, tampil berani dengan single “public enemy”

Demi menyokong bakat-bakat muda ini, jenama tempatan CROSSOVER juga tampil untuk berkolaborasi dengan kumpulan rap ini dengan mengeluarkan koleksi pakaian dan single berjudul “PUBLIC ENEMY”.

“Apabila salah seorang ahli FORCEPARKBOIS memberitahu saya beliau pernah bekerja secara sambilan di CROSSOVER, saya rasa saya perlu tampil untuk berbuat sesuatu. 

“Track tersebut sangat ‘dope’ (hebat), ditambah dengan koleksi yang menarik, dan video muziknya pula bertaraf dunia,” kata Eddy Lim dari HipHopDX Asia.

forceparkbois semakin ‘ganas’ dalam dunia hip hop, tampil berani dengan single “public enemy”
 
Penampilan istimewa seperti pereka fesyen terkenal, Shahrin Bahar, dan personaliti radio ERA, Haniff Hamzah bakal mewarnai video muzik itu.
 
“Kami mahu mencipta sebuah rancangan bual bicara ala Jimmy Fallon/David Letterman untuk mempamerkan bakat dan persona FORCEPARKBOIS. Mereka ada 11 kesemuanya, oleh itu dengan terciptanya konsep ini, ia membolehkan kami menggambarkan setiap watak dan personaliti mereka,” kata Shahrin Bahar.
 
Bait-bait lirik juga memberikan makna yang berharga bagi FORCEPARKBOIS dan kualiti muzik juga diambil serius dalam kalangan mereka.

“Jika anda tiada musuh, anda tiada karakter (watak),” petikan lirik dalam single baharu "PUBLIC ENEMY"
 
“PUBLIC ENEMY” boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik dan video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube HipHopDX Asia.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}