Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Kenapa Saya Perlu Ubah Muka Saya?”, CL Rimas Diminta Buat Pembedahan Plastik

CL begini pun sudah cukup cantik
Muhammad Izwan Zainal
19 Apr 2021, 07:00 AM

Kebanyakan para selebriti di Korea Selatan pasti melakukan pembedahan plastik untuk tampil cantik dan menawan.

Tidak kiralah pelakon, penyanyi atau penghibur, dunia seni di Korea Selatan ini inginkan wajah yang menarik dan sempurna.

Penyanyi K-pop popular CL, turut merasai yang sama apabila industri hiburan di sana sentiasa mahukan yang sempurna di mata mereka.

“kenapa saya perlu ubah muka saya?”, cl rimas diminta buat pembedahan plastik

Menurut temubual bersama Allure, CL agak tertekan apabila sering diminta melakukan pembedahan plastik kerana wajahnya yang dianggap tidak cukup cantik dan tidak mencapai standard mereka.

“Saya tak tahu nak sedih atau marah. Tapi saya memang berang dan mempersoalkan siapa mereka semua untuk memberitahu seperti apa wajah saya patut kelihatan.

“Waktu permulaan karier, ramai yang melakukan pembedahan kelopak mata dan ia seperti satu trend pada waktu itu,” katanya.

“kenapa saya perlu ubah muka saya?”, cl rimas diminta buat pembedahan plastik

Bekas penyanyi kumpulan 2NE1 itu turut berkata dia memilih alternatif yang lain untuk menjaga penampilannya dan kelihatan cantik.

Lee Chaerin atau mesra disapa CL akan menggunakan teknik solekan untuk kelihatan menawan tanpa mengubah wajah asalnya ketika beraksi di pentas.

Malah, penyanyi berusia 30 tahun itu tidak mahu menyalahkan sesiapa dan tidak menilai orang atau selebriti yang melakukan pembedahan plastik.

“Jika anda mahu membuat pembedahan plastik atau melakukan rutin senaman atau menggunakan solekan yang tebal dalam setiap penampilan, itu hak masing-masing.

“Untuk saya, saya selalu ingatkan agar tidak mengubah apapun tentang diri sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, CL kini sibuk menjalani promosi album terbaharunya +ALPHA+ dan ia merupakan album pertamanya sejak bergerak sebagai penyanyi solo.

Sumber: Allure

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}