Bangtan Boys atau lebih dikenali dengan nama BTS akan membuat persembahan di Stadium King Fadh, Arab Saudi hari ini.
Seperti yang diduga, penangan kumpulan Kpop ini sangat luar biasa, sehingga seluruh bandar Arab kini bertukar menjadi warna ungu. Ia sebagai tanda simbolik mengalu-alukan kehadiran BTS ke Arab Saudi.
Tanda pagar #BTSinSaudiArabia juga trending di Twitter yang rata-rata teruja dengan kehadiran kumpulan ini disana.
BTS akan membuat persembahan malam ini seawal jam 7.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia).
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.