Bau mulut ni antara perkara yang perlu korang kisah. Kalau tak, memang orang akan rasa tak selesa dengan kita. Walaupun kita tak bau, tapi pastikan kebersihan mulut tu terjaga.
Artis Indonesia, Nikita Mirzani menceritakan puncanya memutuskan hubungan dengan kekasih adalah kerana bau mulut. Beliau mendedahkan kisah tersebut melalui saluran YouTube Crazy Nikmir baru-baru ni.
Nikita bercerita, dia kurang senang dengan bau mulut bekas teman lelakinya dan bernekad untuk menamatkan hubungan mereka.
Sumber gambar: Detik.com
“Ini kisah beberapa tahun lalu, saya pernah berjumpa dengan seorang lelaki ya. Bau mulutnya memang sangat kurang menyenangkan. Saya tertanya-tanya sampai tahap saya menicum bau sendiri, ternyata itu dia.”
“Sejak itu, saya sudah tidak mahu teruskan. Langsung tak feel dengan bau mulut.” Ceritanya.
Haaa jangan main-main dengan bau mulut ni. Benda ni boleh menjadi bencana kepada orang lain tau.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.