Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, kini dianugerahkan dua orang cahaya mata yang sungguh comel.
Beliau yang juga aktif dalam tarian bersama adik beradiknya yang lain, baru-baru ini telah berkongsikan video menari lagu ‘Bole Chudiyan’, sempena perayaan Deepavali.

Lagu yang popular menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham, lakonan Shah Rukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor, dan ramai lagi ini, telah digunakan Bella dalam tarian berkenaan.


Lengkap dengan pakaian sari, berikut adalah video Bole Chudiyan versi Bella dan Didi Astillah yang dikongsikan olehnya baru-baru ini:
Video tersebut sehingga kini meraih 389,994 jumlah tontonan dengan lebih dari 56 ribu tanda suka. Wahh bukan main meriah lagi ya Bella menari!
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.