
Foto: Agensi
Sebanyak 155 anggota kontinjen Malaysia Battalion 850‑12 (MALBATT) telah dianugerahkan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu majlis perbarisan dan istiadat yang penuh bermakna di Kem Marakah, Lebanon.
Memetik laporaj Kosmo, majlis berlangsung pada 19 Jun 2025 lalu dan disertai oleh pegawai serta anggota pelbagai pangkat dalam kontinjen tersebut.
Penerima pingat terdiri daripada 20 pegawai, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, dan 134 anggota berpangkat lain‑lain, termasuk Komander MALBATT 850‑12 sendiri, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh, yang mendahului senarai penerima sebagai simbol penghargaan tertinggi terhadap kepimpinan beliau.
Istiadat penyampaian disempurnakan oleh Brigadier General Nicola Mandolesi, Komander Sektor Barat UNIFIL, sambil diketuai Timbalan Komander Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin serta diiringi pancaragam daripada Ghana Battalion (Ghanbatt).
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Tuan Yang Terutama Azri Mat Yacob, yang hadir bagi mewakili sokongan dan penghargaan Kerajaan Malaysia terhadap jasa dan komitmen anggota MALBATT dalam usaha keamanan antarabangsa.
Pengiktirafan ini menggambarkan penghormatan rasmi terhadap profesionalisme serta dedikasi tinggi anggota MALBATT 850‑12 sepanjang penugasan mereka bersama United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
Kontinjen ini telah memulakan penugasan di Lubnan sejak November 2024 bagi menyokong kestabilan dan melaksanakan misi aman di kawasan selatan negara berkenaan yang masih bergolak akibat konflik rantau antara Israel dan Iran.
Kompas misi MALBATT menepati visi dan aspirasi Malaysia sebagai negara penyumbang penting dalam menjaga keamanan serantau dan global.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.