Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

TEST PAGE- Berita Hiburan ERA

‘Aidilfitri Lembaran Baru’ Meriahkan Raya Norma Baharu

Artis Rocketfuel bergabung dalam lagu Raya baharu.
Hanim
27 Apr 2021, 03:35 PM

Penyanyi terkemuka tempatan, Masya Masyitah, Ara Johari, Ernie Zakri, Syamel, Usop dan Ruffedge bergabung suara dalam lagu Raya terbaharu berjudul ‘Aidilfitri Lembaran Baru’.

Lagu terbitan Rocketfuel Records itu dicipta oleh komposer legenda negara, S. Atan dan Siso Kopratasa.

‘aidilfitri lembaran baru’ meriahkan raya norma baharu

Pasangan serasi, Syamel dan Ernie berkata lagu Raya ini mengisahkan tentang suasana persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam keadaan norma baharu, namun masih mengekalkan mood keceriaan dengan semangat Beraya yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Lagu ini juga sebagai iktibar tatkala dunia diduga dengan pandemik COVID-19, maka jadikan lah ia sebagai pemangkin semangat untuk mengharunginya dengan membuka lembaran baru dalam kehidupan,” kata mereka.

‘aidilfitri lembaran baru’ meriahkan raya norma baharu

Azan daripada kumpulan Ruffedge turut luah rasa syukur kerana pengalaman tahun lalu banyak memberikan impak kepada dirinya.

“Alhamdulillah kerana pengalaman dulu banyak mengajar kita bagaimana beraya dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bersyukur lah kerana masih diberikan kesihatan dan mampu beribadah dengan sempurna di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

“Tak banyak persiapan yang dilakukan kami sekumpulan, cuma mengambil kira hal anak-anak yang masih ingin menyambut Aidilfitri dengan meriah, Raya kali ini lebih kepada media sosial berbanding bersosial dari rumah ke rumah,” katanya.

‘aidilfitri lembaran baru’ meriahkan raya norma baharu

Masya juga bersedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk Aidilfitri kali ini tetapi itu tidak mematahkan semangatnya. 

“Sya akan hiaskan rumah dengan lampu-lampu Raya yang merupakan tradisi kami sekeluarga bagi mendapatkan feel Raya tersebut, disamping membeli kuih-kuih Raya yang bakal dihidangkan pada Aidilfitri nanti,” ujarnya.

“Sudah 2 tahun Ara tak Beraya dengan keluarga, demi keselamatan semua Ara sanggup korbankan Raya pada kali ini, tak banyak yang Ara peruntukkan untuk Raya cuma ala kadar saja sebab menyambutnya berseorangan,” tambah Ara Johari.

Menurut En. Feros Sayna, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, dalam keadaan negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19, kita jangan terus bersedih  apabila terpaksa menyambut Hari Raya dengan penuh kesuraman sekali lagi.

‘aidilfitri lembaran baru’ meriahkan raya norma baharu

“Saya menaruh kepercayaan yang tinggi dengan komposer hebat S. Atan dan Siso Kopratasa untuk menaikkan kembali semangat masyarakat menerusi lagu Aidilfitri Lembaran Baru ini,” katanya lagi.

Ernie berharap peminat dapat menerima lagu terbaharu mereka dalam meraikan Aidilfitri dengan penuh norma baharu ini. 

“Saya mewakili suami serta artis-artis Rocketfuel yang terlibat, semoga semua pendengar akan terhibur dan bergembira dengan lagu Aidilfitri Lembaran Baru kerana lagu ini mempunyai melodi seperti lagu-lagu Raya lama yang nostalgik dan mengimbau kenangan dulu serta kedengaran evergreen,” tambahnya.

Lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian manakala video muzik rasmi sudah dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}