
Shazam! Fury Of The Gods kembali lagi mengisahkan tentang aksi Billy Batson dan saudara angkatnya menjadi Shazam. Kali ini pihak lawan mereka bukanlah orang biasa, musuh mereka memiliki kekuatan yang tidak ditandingi, iaitu tiga Puteri Atlas.
Mereka harus menghentikan Puteri Atlas yang memiliki niat jahat untuk menghancurkan bumi kerana Puteri Atlas berjaya memiliki tongkat sihir yang sangat kuat. Billy Batson dan pasukannya menyatukan kekuatan sesama mereka untuk melindungi bumi dari kebinasaan. SHAZAM! FURY OF THE GODS akan berada di pawagam mulai 16 Mac 2023!
ERA nak belanja korang tiket untuk menonton filem Shazam! Fury Of The Gods. Caranya korang kena jawab 2 soalan di bawah ini dan lengkapkan slogan yang paling kreatif.