Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Dato' Adi Putra, Nas-T dan Sara Ali.
Filem ini turut dibintangi Azira Syafinaz, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Saksikan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, mulai 25 Ogos 2022 di pawagam berhampiran anda!